kisah yang tak terlupakan
Pagi itu indah seperti yang selalu ku lalui..cuma sedikit renyai yang menyelubungi pagi yang nyaman itu. arghh...malasnya aku nak ke kuliah..tapi itu kewajipan aku di sini. sebelum keluar aku menyemak kembali jadual yang agak padat sampai jam 4.00 petang. "wei,cepatlah...dah nak pukul lapan ni"...Asmi member aku memekik dari bawah.apa lagi...cepat -cepat aku turun. seronoknya menaiki basikal ke kuliah..diluar rumah aku melihat sekumpulan lelaki. Mata aku terpanah ke arah seorang lelaki yang rancak berbual. hati aku memuji-muji wajah lelaki itu..aku tertanya-tanya..orang melayu ke cina.kalau cina kenapa dia berkawan dengan melayu..argh..lantak lah..buat apa aku sibuk. aku cepat-cepat mengayuh basikal. tiba-tiba Asmi di sapa sekumpulan lelaki itu..Asmi berhenti dan aku pula terpaksa juga berhenti. takkan lah nak tinggalkkan Asmi kot..gatal betul Asmi ni berhenti pula..tapi aku berhenti jauh sikit dari mereka. Aku memandang belakang unutk melihat kalau kalau Asmi dah habis berbual. Masa itu,aku lihat 'lelaki cina' itu memandang aku..tersenyum-senyum pula dan tak disangka 'lelaki cina' itu datang kearahku.
Seminggu berlalu...tiap hari aku terserempak dia..bukan siang saja,malam pun ada.Kebetulan..rumah kawan-kawan sekuliah dia sebelah pula dengan rumah sewa aku. hati aku mula tertanya...siapa dia,nama dia siapa,berapa umur dia,mana dia tinggal?dia memang melayu ke?
Satu hari,ketika aku balik..tak semena mena tayar basikal aku pancit..langsung tiada angin di tayar belakang. aduh..redup nya hari..meredupkan hatiku yang terbakar..ku gagahi langkah memimpin basikal ke rumah..sudah jauh aku berjalan..peluh mula membasahi aku..orang sekeliling asyik memerhatikan gelagat aku..kawan aku Asmi ada kelas lain pula..kalau tak tentu dia boleh tolong gelakkan aku..sambil turut bersama aku memimpin basikal..tidak lah aku rasa malu sangat..
Aku berhenti di satu selekoh untuk membeli makanan..selepas membeli,aku terlihat sebuah kereta kancil berwarna putih bersih dengan no plat 2 angka. Aku kenal pemilik kereta itu.. hati aku mula rasa riang tapi berdegup kencang,dari dalam kereta aku lihat 'lelaki cina' itu..ketika dia keluar,aku terus tunduk dan ingin segera meninggalkan tempat itu. Walau aku tidak melihat ke arahnya namun aku tahu dia memerhatikan gelagat aku...sudah jauh sedikit aku berjalan..tak di duga,kereta dia bergerak perlahan di sebelah aku. jantung aku mula berdegup kencang..dia justeru menyapa aku.
"awak,marilah saya tumpangkan,kesian saya tengok awak berjalan dari tadi"
..."tak mengapalah..dah dekat pun ni,lagipun basikal ni saya nak taruk mana"..jawabku spontan..dia masih mencuba,mungkin dia memang simpati.."marilah,saya ihklas ni,basikal awak letak je dalam bonet saya.."
aku diam seketika dan menjawab"tak pelah,susah susah je,awak balik je lah,nanti apa pula kata kawan kawan saya..pergilah.."
tiba-tiba,suasana jadi sunyi.aku sempat melirik ke arahnya,dia memandang aku dengan pandangan yang suram..dan,tak semena-mena..'lelaki cina' itu terus memecut kereta meninggalkan aku..(padan muka aku)
Selepas hari itu,dia tidak lagi mengganggu aku.. jika sebelum ini,Asmi beritahu aku ada lelaki rumah kirim salam pada aku,minta no telefon aku dan bertanya Asmi siapa nama aku...tapi selepas hari itu..tidak lagi..hinggalah dua minggu berlalu..bulan ramadan yang mulia bakal menjelma pula..test makin banyak..membuat aku terlupa seketika pada 'lelaki cina' itu.
Bila masuk minggu ke 2 bulan puasa, suasana raya mula becambah di hati kami. masing-masing tidak sabar untuk menanti ketibaan raya,untuk balik ke kampung beraya. indahnya perasaan..sukar untuk dihuraikan..betapa tuhan mengurniakan umatnya kegembiraan yang bukan sedikit untuk di nikmati bersama bagi orang yang tahu berfikir..
Jam menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Tapi kami masih mengadap televisyen sambil makan makanan yang kami beli di bazar lewat petang tadi..tiba-tiba,satu suara lelaki memanggil dari luar,mulanya kami biarkan saja tapi suara itu makin kuat..memanggil"Asmiii!!!"assalamualaikum...Asmiii ii..."
lantas Asmi bingkas bangun...aku tersenyum saja melihat gelagat Asmi..Asmi memang cantik,kulitnya halus dan putih,tinggi, badan nya sedikit gempal namun masih menarik perhatian ramai lelaki di kuliah. tambahan pula sikap nya yang bersahaja dan peramah membuat bukan saja aku namun semua orang senang berkawan dengannya..
Asmi segera keluar bila sedar dirinya dipanggil..namun,tidak sampai 5 minit..Asmi memanggil aku..Asmi mengatakan ada lelaki ingin jumpa dengan perempuan yang kecik-kecik,kiut-kiut,putih-putih..Asmi kata aku lah paling kecik dalam rumah itu. Segera aku capai selendang dan tertanya -tanya siapa yang memanggil aku..bila aku keluar rumah,di depan pagar yang tertutup aku lihat 'lelaki cina' itu...degup jantung ku berirama deras kembali tatkala melihat renungan nya di kesamaran malam itu..-
"awak nak jumpa saya ke?nape?"
"erm..a'ah..awak lah..saya tak tahu nama awak..tapi memang awak"
aku terdiam..aku lihat wajahnya,cukup memukau naluri wanita aku..-continue
dikutip dari : http://forum.tentangcinta.com/showthread.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar